Latar belakang tentangan Perarakan_Keranda_Mac_2009

Rencana utama: PPSMI

Perarakan Keranda Mac 2009 dibuat sebagai reaksi kepada polisi PPSMI yang diperkenalkan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamand. Dr Mahathir yang berpendidikan Inggeris dan belajar di Singapura menganggap bahasa Inggeris lebih wajar digunakan sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti di Malaysia. Kemajuan IT dan khususnya internet menyebabkan bahasa Inggeris semakin menyerlah sehingga semua negara di dunia beralih kepada bahasa itu. Bahasa yang digunakan di internet ialah bahasa Inggeris. Internet ialah perpustakaan terbesar di dunia di mana semua pelajar boleh menimba ilmu secara percuma dan di hadapan komputer sahaja. Secara teorinya, dengan menguasai bahasa Inggeris, rakyat Malaysia tidak perlu menterjemah buku atau menulis semula buku yang diterjemahkan. Buku-buku Sains dan Matematik yang berlambak dalam perpustakaan di Barat tidak mampu diterjemahkan semua. Negara Jepun hanya terdaya menterjemahkan buku-buku baru terpilih dalam masa 3 bulan.[perlu rujukan] Negara Jepun merupakan sebuah negara maju ,ramai penduduk, ramai pakar sains dan matematik dan lebih penting ramai pembeli-pembaca buku.

Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu memerlukan gandaan kerja. Proses mencipta istilah, menukar istilah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu, penterjemahan, penerbitan buku, percetakan buku-buku menyebabkan jutaan buku Sains dan Matematik tulen belum sampai kepada rakyat berbahasa Melayu.[perlu rujukan]

Hujah-hujah di atas bagaimanapun dibidas oleh kebanyakan sarjana dan ahli bahasa Melayu. Antaranya Akademi Sains Islam Malaysia[2], Kumpulan Prihatin[3], Majlis Profesor Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia, dan lain-lain lagi pertubuhan sivil dan bukan kerajaan.[4] Tentangan turut ditunjukkan oleh persatuan bukan Melayu seperti Dong Zhou dan Yayasan Tamil.

Tsunami politik 2008 membuka lebih banyak ruang demokrasi untuk bersuara. Pejuang bahasa melihat demonstrasi merupakan alternatif untuk mengembalikan martabat kedudukan bahasa Melayu. Perarakan yang sudah menjadi perkara biasa di Indonesia dan Thailand dilihat berkesan dalam menyuarakan pandangan rakyat. PPSMI juga didakwa bertentangan dengan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan 1996 dan sebagainya yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.

PPSMI dikatakan menipu rakyat. Peratus kelulusan UPSR, PMR dan SPM direndahkan agar menampakkan PPSMI telah berjaya. Sebelum dan selepas menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, pelajar dikaji tentang pilihan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Dikatakan ramai yang menggunakan bahasa Inggeris. Guru-guru Melayu juga tidak mampu menaakul, mengajar dan berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Pelajar hilang minat belajar akan tercicir dan laku musnah meningkat di sekolah-sekolah. Prasarana dan alat bantu mengajar yang disediakan di sekolah seperti troli, pembesar suara, mikrophone, suiz elektrik, skrin, komputer, LCD dan internet tidak berkesan sama sekali. Banyak sekolah dan kelas yang tidak ada elektrik, tidak dipasang tinggi, alatan dirosakkan dan dibiar membazir. Guru tidak cukup tenaga dan masa untuk memasang LCD dan komputer dari kelas ke kelas. Teori tidak sama dengan praktikal. Mereka yang merancang PPSMI ini bukan berlatar belakang guru yang akan mengajar dari kelas ke kelas. Akhirnya kontraktor projek dan pembekal yang untung berlipat ganda.

Rujukan

WikiPedia: Perarakan_Keranda_Mac_2009 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.malaysiakini.com/news/99785 http://universitipts.com/index.php/site/comments/b... http://universitipts.com/index.php/site/comments/p... http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_c... http://www.kesturi.net/archives/715